Sunday, 1 November 2015

Anak syurga (Edward Syndrome)

Muhammad Hairul Shah
Tanggal 12/10/15 (isnin). Mommy tak akan lupa tarikh ini. Mommy operation untuk lahirkn anak syurga mommy, sebab kedudukn kamu songsang.Walaupun sakit n perit time doktor operate perut mommy.Tapi mommy kuatkn semangat demi kamu anak syurga.
12.20pm. Doktor keluarkn kamu dari perut mommy.Kamu terus di pisahkn dari mommy. Kamu terpaksa di tahan di ward NICU, sebab berat kamu kurang dari 2 kg.
Keesokkn nya Baru mommy dapat melawat kamu di ward.
Comelnya anak syurga mommy, rambut lebat, Alis mata panjang.Macam abang Rayyan. Hidung mancung.
Cuma.....doktor cakap diameter kepala kamu agak besar, n pegelangan tangan sebelah kiri bengkok.Doktor minta mommy n ayah hantar sample darah kamu ke LPPKP untuk ujian Edward Syndrome.14 hari baru boleh tahu keputusan ujian darah.Hmm......
First time mommy dngar syndrome ni.
Terpaksa la mommy goggle pasal Edward Syndrome.Ciri2 syndrome ni memang jelas pada kamu anak ku.
Oh...sedihnya hati mommy.Setiap hari datang melawat kamu, pasti mommy tak dapat tahan air mata. Wayar berselirat di badan kamu. Dari lahir mommy belum dapat dukung n menyusukan kamu.
18/10 doktor pakar minta mommy n ayah sentiasa bersedia, umur kamu mungkin tak panjang.Mungkin kamu akan pergi sebelum keputusan darah keluar. Kamu hanya bernafas menggunakn mesin oksigen.Kamu dah tak mampu bernafas sendiri.Bertambah sayu hati mommy anak.
19/10 mommy n ayah uruskan pendaftaran sijil lahir kamu.Selesai urusan, terus ke hospital melawat kamu. Sampai di ward, 11.40 am doktor sah kn kamu dah meninggal.
Ya Allah........Mommy tak mampu tahan airmata lagi.Seminggu tuhan pinjam kn kamu untuk mommy n ayah.
Mommy redha pemergian mu wahai anak.
#untungnyamommyadaanaksyurga.
#kelahiranmudinantipemergianmudiredhai.
#Tuhantolongjagadiauntukaku.
#muhammadhairulshahdalamingatan.
#airmatamommytakpernahkeringuntukkamu.

No comments:

Post a Comment