Bahan-Bahan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia (di racik)
20 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi (dikisar)
minyak masak
1/2 kilo udang sederhana besar
Petai (buang kulit yerr, dibelah dua)
Garam, kunyit, perasa dan sedikit gula
2 sudu sos cili ( pastikan jenama life)
Asam keping
Cara-Cara
1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng setenggah masak. Kalau suka garing, boleh jerr goreng sampai garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak untuk menumis.(nak lagi sedap guna minyak gorengan udang tadi untuk menumis) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan cili api yang telah dikisar. Biarkan sehingga cili masak.
4. Masukkan garam, sedikit gula, perasa (kalau suka), asam keping dan dua sudu sos cili. Kacau sebati dan biar seketika.
5.Masukkan petai dan biar petai masak seketika.
6. Last sekali masukkan udang dan kacau sebati......dan siap.Kalau nak lagi cantik, hiasa la dengan cili merah, daun sup....