Wednesday 24 July 2013

Sambal Udang Petai Cili Api

 
Percubaan pertama.Asalnya nak buat sambal petai,disebabkan cili kering tak ada stok dalam freeze and kemalasan malanda untuk pergi kedai. Belasah ajerr la cili api. Cik suami puji sedap, tapinya pedas sikit. Haha terlebih cili kot.Huhu...apa pun habis jerr.

Bahan-Bahan

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia (di racik)
20 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi (dikisar)
minyak masak
1/2 kilo udang sederhana besar
Petai (buang kulit yerr, dibelah dua)
Garam, kunyit, perasa dan sedikit gula
2 sudu sos cili ( pastikan jenama life)
Asam keping

Cara-Cara

1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng setenggah masak. Kalau suka garing, boleh jerr goreng sampai garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak untuk menumis.(nak lagi sedap guna minyak gorengan udang tadi untuk menumis) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan cili api yang telah dikisar. Biarkan sehingga cili masak.
4. Masukkan garam, sedikit gula, perasa (kalau suka), asam keping dan dua sudu sos cili. Kacau sebati dan biar seketika.
5.Masukkan petai dan biar petai masak seketika.
6. Last sekali masukkan udang dan kacau sebati......dan siap.Kalau nak lagi cantik, hiasa la dengan cili merah, daun sup....

 


Saturday 6 July 2013

"Bon Ondori 2013"

06/07/13.Bon Ondori, pesta untuk rakyat jepun memperingati kaum keluarga yang sudah meninggal dunia.Tapi yang Yaya tengok pesta Bon Ondori banyak tarian n lagu-lagu jepun serta banyak jualan- jualan dari Syarikat-Syarikat jepun yang bertapak di Malaysia.Tak ada pulak lagu-lagu sedih.Ramai pulak orang melayu yang datang membeli belah.Company Yaya turut menyertai pesta jualan Bon Ondori.