Wednesday, 24 July 2013

Sambal Udang Petai Cili Api

 
Percubaan pertama.Asalnya nak buat sambal petai,disebabkan cili kering tak ada stok dalam freeze and kemalasan malanda untuk pergi kedai. Belasah ajerr la cili api. Cik suami puji sedap, tapinya pedas sikit. Haha terlebih cili kot.Huhu...apa pun habis jerr.

Bahan-Bahan

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia (di racik)
20 biji cili api, kalau nak pedas boleh tambah lagi (dikisar)
minyak masak
1/2 kilo udang sederhana besar
Petai (buang kulit yerr, dibelah dua)
Garam, kunyit, perasa dan sedikit gula
2 sudu sos cili ( pastikan jenama life)
Asam keping

Cara-Cara

1. Gaul udang dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng setenggah masak. Kalau suka garing, boleh jerr goreng sampai garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak untuk menumis.(nak lagi sedap guna minyak gorengan udang tadi untuk menumis) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3. Masukkan cili api yang telah dikisar. Biarkan sehingga cili masak.
4. Masukkan garam, sedikit gula, perasa (kalau suka), asam keping dan dua sudu sos cili. Kacau sebati dan biar seketika.
5.Masukkan petai dan biar petai masak seketika.
6. Last sekali masukkan udang dan kacau sebati......dan siap.Kalau nak lagi cantik, hiasa la dengan cili merah, daun sup....

 


Saturday, 6 July 2013

"Bon Ondori 2013"

06/07/13.Bon Ondori, pesta untuk rakyat jepun memperingati kaum keluarga yang sudah meninggal dunia.Tapi yang Yaya tengok pesta Bon Ondori banyak tarian n lagu-lagu jepun serta banyak jualan- jualan dari Syarikat-Syarikat jepun yang bertapak di Malaysia.Tak ada pulak lagu-lagu sedih.Ramai pulak orang melayu yang datang membeli belah.Company Yaya turut menyertai pesta jualan Bon Ondori.

Monday, 10 June 2013

Bantuan petua untuk cepat dapat anak.

Bulan ke bulan, berharap sangat ada rezeki dapat cahaya mata. Tapi rezeki belum berpihak pada yaya n suami.Geram jerr tengok kawan2 dapat baby.
Dah macam-macam usaha dah buat.Cuma rawatan hospital jerr belum cuba lagi.Sapa2 ada petua yang sangat de boom untuk cepat dapat baby.Please share dengan yaya.

Tuesday, 23 April 2013

Stressnya kerja......

Macamana nak kurangkan stress dengan kerja-kerja kat pejabat yerr??.Yaya dah 9 bulan kerja kat tempat kerja baru.Awal-awal kerja...rasa ok dan happy jerr.Tapi sekarang dah mula terasa bosan dan sangat-sangat stress dengan kerja.Dengan banyak paper work nak kena buat n bla....bla.....Rasa nak berhenti 24 jam jerr.
Masa yaya mengandung tahun lepas, sebabkan stress dengan kerja.Tak sampai 3 bulan mengandung dah bleeding.Sedihnya hati tuhan saja yang tahu.Tapi yaya tak luahkan pada suami pun.Suami macam tak nak ambik tahu jerr perasaan kta waktu itu.Pendam sorang-sorang kesedihan tu.Dah masuk 6 bulan lepas gugur, belum ada rezeki lagi.Yaya hanya mampu berdoa banyak-banyak pada tuhan semoga cepat dapat cahayamata.
Harap-harap yaya akan dapat cahayamata yang comel n sweet macam baby ni.....

Monday, 22 April 2013

Karya ku

Ini lukisan yang paling aku sayang.Walaupun tak berapa nak cantik, tapi bagi aku tetap menarik dan mahal sebab ianya hasil usaha aku sendiri untuk melukis.Masa aku bujang-bujang dulu memang banyak masa aku habiskan dengan melukis.Tapi sejak dah kawin (walaupun belum ada anak) tapi masa aku dah kurang untuk hobi aku ni.Sibuk sepanjang masa, last month masa aku dok mengemas rumah.Jumpa beg lukisan kesayangan aku.Terus rasa rindu nak kembalik kan hobi aku ni.Alhamdulillah.....masih mampu menghasilkan lukisan untuk kepuasan diri aku.

Sunday, 21 April 2013

Salam Kenal

Assalamualaikum..

Entry pertama menyusul..menanti entry seterusnya... Blog di buat khas untuk mengumpul semua lukisan hasil tangan aku dan juga gambar-gambar yang menarik perhatian aku...

Wassalam..

~auya raisya~